Ke atas
Berdagang dalam CFD dan produk berkeumpilan secara amnya melibatkan risiko kerugian yang tinggi dan anda boleh kerugian semua modal yang dilaburkan.
Pustaka / Arahan / Panduan Pengguna untuk Terminal Mudah Alih MetaQuotes MetaTrader4 (iOS 4.0+)

Panduan Pengguna untuk Terminal Mudah Alih MetaQuotes MetaTrader4 (iOS 4.0+)

Terminal dagangan mudah alih ini direka bentuk untuk digunakan pada iPhone dan iPad yang menjalankan iOS 4.0 dan lebih tinggi.

1. Bermula

1.1. Pemasangan

1) Untuk memasang terminal, ia mesti dimuat turun di: MT4 MetaQuotes (iOS 4.0+) ("Downloads", Mobile Terminal for iPhone/iPad).

2) Sebaik saja berada di laman web MetaQuotes, ketik "Percuma" di bahagian atas kiri. Kemudian ketik "Pasang".

 Install MT4

3) Masukkan kata laluan Apple ID anda dan tekan "OK".

 Enter your Apple IDEnter your Apple ID

4) Terminal mudah alih akan mula memuat turun secara automatik.

mobile terminal 

Selepas beberapa saat ikon MetaTrader akan muncul di desktop anda.  

MetaTrader icon

1.2. Lancar

Pada pelancaran pertama terminal mudah alih, anda akan diminta untuk membenarkan pemberitahuan tolak (anda boleh sama ada membenarkan atau tidak membenarkannya).

1) Untuk mula bekerja dengan terminal mudah alih, anda mesti menyambung ke akaun yang sedia ada.

connect to existing account

2) Pilih pelayan (masukkan nama syarikat kami - Exness - dan pilih pelayan yang diperlukan berdasarkan data pendaftaran anda.

select the server enter our company name

3) Masukkan nama pengguna dan kata laluan untuk akaun perdagangan anda dan ketik "Selesai".

enter the username and password tap "Done"

2. Sebut Harga

Sebut harga untuk instrumen kewangan ditunjukkan di terminal mudah alih anda dalam masa nyata. Anda boleh memilih bagaimana sebut harga dipaparkan: "Ringkas" (simbol, harga Minta dan Tawaran) atau "Terperinci" (menambah masa jual terakhir, spread, dan harga Rendah dan Tinggi).

quotes simple quotes advanced

2.1. Bagaimana untuk menambah simbol ke bahagian "Sebut harga":

1) Dalam bahagian "Sebut harga", ketik tanda tambah merah" di bahagian kanan atas skrin.

add symbol

2) Pilih instrumen yang diinginkan, cth: XAUUSDm, di menu "Tambah Simbol":

"Add Symbol" menu Select the desired instrument

3) Untuk menambah simbol ke bahagian "Sebut harga", ketik "tanda tambah hijau" di sebelah kirinya.

2.2. Untuk memadam simbol dari tetingkap utama bahagian "Sebut harga":

1) Dalam bahagian "Sebut harga" ketik bebutang "Edit" di bahagian atas kiri skrin.

tap the "Edit"

2) Pilih simbol untuk dipadam sebagai contoh, cthnya. USDDKKm.

Select symbol Select symbol

3) Untuk memadam sebuah simbol dari bahagian tetingkap utama "Sebut harga", pilih simbol dan ketik ikon bakul merah di sebelah kanan simbol. Kemudian ketik "Selesai".

3. Carta

Untuk membuka carta bagi sebarang pasangan, ketik simbol pasangan itu dalam bahagian "Sebut Harga" dan ketik "Carta".

Chart

Anda boleh menggunakan tiga jenis carta masa sebenar di terminal mudah alih: Bar, lilin Jepun, dan garis putus-putus.

Bars Japanese Lines

Anda juga boleh memilih jangka masa yang diingini. Terminal mudah alih menyokong 7 jangka masa: M1, M5, M15, M30, H1, H4 dan D1.

Timeframe

Tiga puluh petunjuk teknikal tersedia untuk analisis teknikal dalam terminal mudah alih. Dari menu "tetapan Carta" anda boleh menambah petunjuk kepada carta atau mengeluarkannya.

4. Perdagangan

4.1. Membuka pesanan:

1) Terdapat tiga cara untuk membuka pesanan:

Dalam bahagian "Sebut Harga", ketik simbol dan kemudian ketik "Berdagang".

Trade

Dalam bahagian "Carta", ketik mana-mana dalam carta dan kemudian ketik "Berdagang".

Trade

Di bahagian "Perdagangan", ketik "Kedudukan terbuka".

Open position

2) Di dalam menu pesanan baharu, masukkan saiz pesanan, simbol, dan jenis pelaksanaan yang dikehendaki. Tekan "Seterusnya" di sudut kanan sebelah atas skrin.

Terminal mudah alih menyokong semua jenis pelaksanaan pesanan: pelaksanaan segera, pesanan menunggu kelulusan (Had Beli, Had Jual, Berhenti Beli, Berhenti Jual).

Types of order execution

3) Kemudian anda boleh memasukkan nilai pesanan untuk Henti Rugi, Ambil Keuntungan, Sisihan.

Stop Loss

Ketik "Jual" atau "Beli".

4) Anda akan menerima pemberitahuan bahawa pesanan itu telah berjaya dibuka.

Notification

4.2. Menutup pesanan:

Pesanan terbuka ditunjukkan dalam bahagian "Berdagang". Ketik pesanan untuk melihat butirannya (S/L, T/P, ID pesanan, pertukaran yang dikira, dsb.).

Trade 

Untuk menutup pesanan, tekan dan tahan. Kemudian ketik "Tutup".

Close

Sahkan bahawa anda mahu menutup pesanan. Anda akan menerima pemberitahuan bahawa pesanan telah ditutup.

Closing order Closing order

host www.exness.web.id | env production